Menzahirkan ucapan terima kasih kepada isterinya yang sentiasa bersama dan menjaga dirinya serta keluarga mereka, pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz titip ucapan istimewa buat isterinya Datin Diyana Halik sempena menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-17 semalam.
Aaron menerusi posting di laman Instagramnya menyatakan isterinya seakan tulang belakangnya yang tiada putus memberi sokongan terhadap apa yang dilakukan olehnya. Kata Aaron, tanpa isterinya sukar untuk dirinya berada di tahap sekarang.
“Semoga Allah selamanya dan sentiasa melindungi keluarga kita. Selamat hari ulang tahun ke-17 Dar. Kawan baik saya, orang kepercayaan dan separuh nyawa saya. Bukan saya tanpa awak. Sayang awak Dar.”
Aaron bagaimanapun sempat mendedahkan bahawa saling bertolak ansur merupakan kunci serta rahsia rumah tangganya kekal bahagia. Malah tidak menafikan sifat itu juga antara yang paling penting dalam perkahwinan.
Selain itu, pelakon tampan itu juga turut mengingatkan para suami agar tidak mengambil kesempatan jika dikurniakan isteri yang penyabar.
“Sebagai suami isteri kena saling bertolak ansur dan berkomunikasi. Dalam perkahwinan, masing-masing ada angin sendiri, tapi isteri saya banyak mainkan peranan penting.”
Sentiasa memaafkan dan tidak mengambil kesempatan ke atas isteri juga antara sifat yang diterapkan Aaron sejak dahulu lagi.
“Rumah tangga adalah kebersamaan. Paling penting, apabila suami dapat isteri sabar dan selalu memaafkan, jangan pula ambil kesempatan.”
Untuk rekod, Aaron dan Diyana telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.
Sumber: Harian Metro
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments