Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil menjelaskan maksud sebenar pembedahan Bariatric kepada netizen setelah ada yang mendakwa bahawa pembedahan itu merupakan prosedur untuk membuang lemak.
Menurut Abby, dia pernah melakukan pembedahan tersebut yang merupakan prosedur menebuk di beberapa bahagian supaya dapat mengurangkan kapasiti perut.
Dia dilihat tampil menangkis dakwaan itu di laman instangram miliknya baru- baru ini. Dalam pada masa yang sama, Abby turut memaparkan beberapa keping foto perubahan sebelum dan selepas dia menjalani prosedur itu.
“Ayooo! Pembedahan Bariatric itu bukan buang lemak yang..tak kurus tiba-tiba pun. Dia sejenis penebukkan pada beberapa bahagian perut untuk kecikkan kapasiti perut tu supaya saka makan kita berkurang. Faham?”
Abby turut menceritakan bagaimana keadaannya selepas menjalani pembedahan tersebut dan meminta mereka di luar sana yang berkeinginan menjalani pembedahan itu supaya menasihatkan pakar yang bertauliah.
“Esok tu dah boleh bergerak macam biasa. Pukul 10 pagi dah siap-siap mandi nak balik. Sekejap je sakit (untuk saya lah). Kalau yang ada macam-macam masalah kesihatan, mungkin berbeza. Kena rujuk doktor Mustafa ye..”
Dia sebelum ini mendedahkan berat badannya turun hampir lima kilogram hanya selepas dua minggu proses pembedahan itu berlaku.
0 Comments