#Hiburan: Serina Redzuawan Syukur Hak Penjagaan Anak Perempuan Berpihak Kepadanya

Pelakon Serina Redzuawan kini bagai mampu menghembus rasa syukur selepas hak penjagaan kekal anak perempuannya, Isabella Saffiya O’luanaigh yang berusia 9 tahun kini berpihak kepadanya.

Serina Redzuawan Syukur Hak Penjagaan Anak Perempuan Berpihak Kepadanya

Menurut Serina, biarpun terpaksa berpisah dengan anak lelakinya, Tristan Tareef O’luanaigh yang berusia 10 selepas diletakkan di bawah jagaan bekas suaminya, Gavin Edward O’luanaigh, beliau akui tetap gembira dengan keputusan tersebut.

Ujarnya, selepas tiga tahun terseksa menunggu kes hak penjagaan anak dibicara di mahkamah, Serina kini khabarnya bersyukur dengan segala yang telah diputuskan pihak terbabit.

Serina Redzuawan Syukur Hak Penjagaan Anak Perempuan Berpihak Kepadanya

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Serina kepada umum menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya selepas selesai perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.

View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah selesai sudah kes penjagaan anak, 3 tahun kes berjalan, dah banyak air mata yang mengalir, penyeksaan yg i tanggung, hari ni mahkamah putuskan anak perempuan tinggal dengan Serina, Tristan tinggal dengan daddy dia. Memang sedih terkilan dengan keputusan ni, kesian anak anak di pisahkan.Apa pun kita kena bersangka baik dengan Allah SWT,apa yg di aturkan itulah yg kita kena redha. Moga Allah sentiasa pelihara Tristan Tareef dengan iman yg kuat, pegang kukuh pada agama islam. Mummy sentiasa ada di sisi.Tak guna nak bergaduh rebut anak ini amanah yg perlu di jaga bersama, hentikan dendam semua. Kita kena fokus pada kasih sayang untuk kedua dua. Terima kasih papa @_chefwan58 , bagi semangat & kekuatan, Danial manager ku, Lawyer yg bekerja keras Dato Seri Hj Amli , @ezlynnariffin @aslinazati sudi teman i pagi tadi bagi sokongan.Terima kasih juga kepada keluarga, peminat serta semua yg mendoakan.

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan) on

“Syukur Alhamdulillah selesai sudah kes penjagaan anak, 3 tahun kes berjalan, dah banyak air mata yang mengalir, penyeksaan yang I tanggung. Hari ini (semalam) mahkamah putuskan anak perempuan tinggal dengan Serina, Tristan tinggal dengan daddy dia.”

Katanya, dalam masa yang sama, dia sedih dan terkilan kerana anak-anak dipisahkan dengan cara begitu, walaubagaimanapun tetap bersangka baik dengan takdir Tuhan.

Serina Redzuawan Syukur Hak Penjagaan Anak Perempuan Berpihak Kepadanya

“Moga Allah sentiasa pelihara Tristan Tareef dengan iman yang kuat, pegang kukuh pada agama Islam. Mummy sentiasa ada di sisi. Tak guna nak bergaduh rebut anak ini amanah yang perlu dijaga bersama, hentikan dendam semua.”

Untuk rekod, sekitar Julai 2018, permohonan Serina untuk mendapatkan hak jagaan sementara dua anaknya itu ditolak oleh mahkamah kerana telah ada hak penjagaan kekal yang dipersetujui bersama sebelum ini.

Terdahulu, Serina selamat berkahwin dengan Gavin pada 1 Januari 2010, namun pasangan ini disahkna bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments