#Hiburan: Potong Kek Hampir 15 Kali Sempena Hari Lahir Ke-28, Harap Tiada Lagi Sambutan Selepas Ini, “Jangan Bazir Duit!” – Ruhainies

Menyambut hari kelahiran yang ke-28 baru-baru ini, pelakon Ruhainies dilaporkan telah meraikannya hampir 15 kali dan ternyata telah menarik perhatian netizen gara-gara menyambut hari jadi terlalu kerap dalam sebulan

Pelakon Ruhainies menerusi instagramnya pada malam Sabtu lalu telah merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat serta orang sekeliling kerana meraikan hari istimewanya itu.

Pemilik nama Nur Ruhainies Farehah ini memuat naik foto serta video majlis sambutan ulang tahun yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Kek hari jadi saya yang ke-15 untuk tahun ini. Terima kasih Allah kerana hantarkan orang-orang yang baik dalam hidup saya..untuk segala rezeki, rahmat dan cinta. Saya bersyukur. My last birthday celebration last night! Cukup genap sebulan. Tak ada lagi lepas ni okey, jangan bazir duit,”

Perkongsian di Instagram itu telah mengundang komen netizen yang mempersoalkan tindakan Ruhainies yang menyambut ulang tahun kelahiran sebanyak 15 kali dalam masa sebulan.

 Ada juga yang memberi pendapat bahawa sambutan yang terlalu banyak kali itu tidak perlu diadakan dan membandingkan ianya dengan orang yang tidak berkemampuan untuk menyambutnya walaupun sekali seumur hidup.

Ruhainies sebelum ini telah mendapat perhatian kerana rekaan kek sambutan hari jadinya yang kelihatan pelik. Malah, netizen juga menyifatkan kek tersebut sebagai menyeramkan dan ada juga yang menganggap ianya sesuatu yang lucu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments