Pelakon dan penyanyi popular asal Singapura, Hetty Sarlene, bersama suaminya tampil mendedahkan jantina anak pertama mereka kepada umum menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Usia kandungan yang memasuki bulan kelima, Hetty memaklumkan kepada umum bahawa beliau dan suami bakal menimang cahaya mata lelaki.
Jantina bayi dalam kandungan itu didedahkan Hetty dan suami selepas meletupkan belon besar berwarna hitam yang memaparkan kertas confetti warna biru menandakan bahawa anak pertama mereka seorang anak lelaki.
Menjengah ke ruangan komen entri tersebut, rata-rata pengikut Hetty menzahirkan rasa teruja dengan perkhabaran gembira tersebut. Lebih menarik, selain mendoakan agar segala urusan Hetty sepanjang hamil dipermudahkan, para peminat juga bagai tidak putus-putus mengucapkan tahniah buat Hetty atas perkongsian berita tersebut.
Terdahulu, 14 Julai lalu, Hetty menerusi Instagram miliknya mengumumkan bakal menimang cahaya mata selepas empat tahun berkahwin.
Pasangan itu khabarnya bakal menerima kehadiran anak sulung pada Januari tahun hadapan.
Sekadar informasi, Hetty sah bergelar isteri kepada Dani atau nama asalnya Daniel Oakes yang berasa dari London, England pada 23 Julai 2016.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments