Tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu yang sedang kecoh dibangkitkan mengenai ‘cultural appropriation’ seperti yang didakwa oleh pengguna di laman Twitter, pelakon kecil molek Mira Filzah akui tiada niat buruk.
Ujarnya, beliau langsung tidak mahu menimbulkan sebarang isu berkenaan penampilannya yang dilihat berani menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India iaitu Lehenga.
As a big fan of Bollywood, I had a dream to wear a full set of lehenga just like Madhuri Dixit & Aishwarya Rai wears in film since small. Zaman sekolah menengah lagi I sudah berangan! ? But I just don’t know when to wear and for what to wear.
— MIRA FILZAH (@MFMiraFilzah) August 20, 2020
“Saya memilih Bollywood sebab saya memang peminat setia filem dan lagu Hindustan, dalam hati teringin nak memakai pakaian Bollywood dan bila ada peluang sebegini saya terus lakukan dan tidak terfikir untuk menimbulkan sebarang isu.”
Menurut Mira, tiada sebarang masalah boleh timbul andai rakyat Malaysia mencuba pakaian kaum lain.
Hal ini demikian kerana, Mira berpendapat, negara ini mempunyai pelbagai budaya dan bangsa jadi beliau yakin bahawa ia tidak salah untuk digayakan.
Bagaimananapun, enggan mengguris hati mana-mana pihak, Mira dengan rendah diri memohon jika ada yang kurang senang dengan tindakannya itu.
Again, there’s no intention at all to gain any profit by my own from the Indian culture itself. I’m just a die hard fan of Bollywood and I am sorry if you think what I did was wrong. I really respect and love your culture. ? Again, I’m sorry. ??
— MIRA FILZAH (@MFMiraFilzah) August 20, 2020
“Saya tiada niat untuk meraih keuntungan peribadi daripada budaya India, saya cuma peminat fanatik Bollywood dan saya mohon maaf sekiranya anda menganggap tindakan saya salah. Saya menghormati dan menghargai budaya anda.
Khabarnya, penampilan tersebut adalah untuk penggambaran produk kanta lekap yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
cultural appropriation queen ? must feel nice to profit off our culture pic.twitter.com/pHUYlWbb9M
— peach (@eshwaaaaarya) August 19, 2020
Terdahulu, kecoh di laman Twitter apabila wujud seorang pengguna di Twitter melabelkan Mira sebagai ‘cultural appropriation queen’ hingga mencetuskan ketegangan dan perbalahan netizen di platform berkenaan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments