Bertindak memberi pandangan dan pendapat tentang lirik lagu terbaru kumpulan tersohor dunia BTS iaitu Dynamite, pelakon Tiz Zaqyah diserang peminat kumpulan itu yang dikenali sebagai ARMY di laman Twitter.
Perbalahan itu mula tercetus apabila Tiz membalas ‘tweet’ seorang pengguna Twitter yang menyifatkan lagu itu seakan kebudak-budakan.
Memang song for kids kan?
— TIZZY (@iamTizZaqyah) August 24, 2020
“Apa benda s**l lirik lagu macam darjah tiga.”
Bagaimanapun, Tiz tampil mengutarakan pendapatnya dan silihat seolah bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan individu tersebut.
“Memang song for kids kan?”
Namun begitu, secara tidak diduga, soalan Tiz itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan menyebabkan golongan ARMY mula ‘menyerang’ pelakon yang popular menerusi drama Nur Kasih tersebut.
Tidak hanya mahu berdiam diri, Tiz tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik ayat yang mencetus perbalahan itu.
It’s made easy and catchy for children to understand. What is wrong with my statement?
— TIZZY (@iamTizZaqyah) August 25, 2020
Ujar Tiz, lirik lagu itu menarik dan mudah diingati oleh kanak-kanak, malah dia juga amat menyayangi kanak-kanak di sekelilingnya.
Sekadar informasi, BTS sebelum ini telah berjaya mencipta sejarah apabila mendapat jumlah tontonan sebanyak 100 juta dalam masa satu hari menerusi lagu tersebut.
Malah, kejayaan itu juga telah berjaya memintas rekod yang dipegang oleh Blackpink menerusi lagu How You Like That yang berjaya mencapai 86.3 juta tontonan dalam tempoh 24 jam.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments