Penyanyi muda, Wani Kayrie mengakui terkejut dengan dakwaan Afieq Shazwan kononnya wujud orang ketiga yang menjadi punca perhubungan mereka menjadi semakin dingin.
Menurut Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah,20, dia tidak mempunyai kekasih atau seseorang yang istimewa dalam hatinya seperti yang didakwa Afieq.
Penyanyi dan juga pelakon yang namanya sedang meningkat naik ini juga tidak pasti akan sebab Afieq tampil membuat kenyataan seperti itu.
View this post on InstagramNama Trio apa yang sesuai untuk kitaorang?? ? . #suriarecords #wanikayrie @wanikayriesquad
“Sebenarnya, saya baik saja dengan Afieq, tapi tak tahu apa yang dia simpan dalam hati. Saya tak pasti kenapa Afieq keluarkan kenyataan mengenai hubungan kami.Bagi saya, kalau ada masalah sepatutnya diselesaikan antara kami. Saya tak ada kekasih seperti yang didakwa. Kalau dia nak pergi atau tak selesa dengan saya, itu pilihan dia,”
Mengakui sebelum ini dia memang mempunyai hubungan yang agak rapat dengan penyanyi Afieq Shazwan, namun disebabkan kesibukan dan ingin fokus akan karier masing-masing menjadi punca mereka sudah tidak rapat lagi seperti dulu.
Tambahnya lagi, dia ingin menolak cakap-cakap orang di mana mereka sering sahaja kemana-mana berdua dan ingin berdiri di atas bakat sendiri.
Sebelum ini, Afieq tampil mengumumkan akan mengeluarkan single terbaru pada bulan September ini. Menurut Afieq, single tersebut ada kena mengena dengan kisah hidupnya dan turut mengaitkan lagu tersebut dengan hubungannya bersama Wani Kayrie.
Ketika ditemui, Wani berkata dia benar-benar tidak selesa apabila teman rapat mula bertanyakan kesahihan yang dia mempunyai kekasih baru kini, seperti dakwaan Afieq.
Jika sebelum ini lagu ‘Lelaki Di Telefon’ nyanyian Afieq dikatakan mempunyai kaitan dengan Wani yang berlaku curang, dia menjelaskan bahawa dirinya tidak kisah Afieq ingin menulis mengenai dirinya dalam sebarang karya lagu dan dia bertekad untuk fokus kepada karier seni dan kolej pada waktu sekarang.
“Tapi tak apa la, saya tak kisah.. suka hati dia la nak buat lagu apa. Sebab saya sendiri tak pasti lagu itu ditujukan untuk saya atau tidak, lagipun sekarang saya hanya ingin fokus pada karier seni dan kolej,” – Wani Kayrie
Sumber: mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments