Akui takut melihat wajah dan bentuk badannya ketika ini selepas tidak mengawal makan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Datuk Awie mendedahkan berat badannya kini naik mendadak sehingga hampir mencecah 90 kilogram.
Bagaimanapun, Awie kini difahamkan telah kembali mengawal pemakanannya dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak lebih 10 kilogram.
“Masa PKP hari itu, berat badan saya memang naik mendadak. Saya rajin masak dan makan sendiri, itu yang sampai berat naik. Saya sendiri takut nak tengok muka dan badan.”
Menurut Awie, berat purata yang ideal untuknya hanyalah sekitar 70 hingga 80 kilogram sahaja.
“Berat saya ketika itu hampir cecah 90 kilogram daripada 70 kilogram. Dengan ketinggan saya sepatutnya berat kena dalam lingkungan 70 hingga 80 sahaja. saya tak boleh biarkan sebab badan jadi lemah.”
Kata Awie, biarpun beratnya kini sekitar 80 kilogram, namun beliau perlu mengurangkan sikit lagi berat badannya.
“Alhamdulillah, saya berjaya turunkan berat dan sekarang sekitar lebih 80 kilogram tapi perlu kurangkan lagi. Saya mula jaga pemakanan… tak makan makanan berminyak.”
Menurut sumber daripada mStar, Awie mendedahkan perkara ini ketika ditemui di sedang media Konsert Wings Kita Merdeka 2020 yang khabarnya bakal menyajikan persembahan menggunakan teknologi Live streaming pada 29 Ogos nanti.
Sumber: mStar
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments