Menzahirkan rasa sedih kerana sehingga kini, masih ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab tampil mempertikaikan dirinya tidak layak berkahwin dengan isteri, Dr. Afifah Tawfek yang bekerja sebagai doktor, penyanyi Nubhan akui kecewa.
Menurut Nubhan, beliau yang terkenal dengan sikap rendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk menyebabkan beliau tidak henti-henti difitnah hidupnya ditanggung isteri.
Perkara itu, dikongsi Nubhan kepada umum menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.
“Saya tak faham! Kenapa sampai sekarang masih orang tak boleh terima saya kahwin dengan doktor. Mungkin saya terlalu diam dan tak terlalu menunjuk life saya. Memang dah diajar dari kecil supaya hidup bersederhana dan tak bermegah-megah. Tapi bahaya juga, tetap difitnah yang bukan-bukan.”
Kata Nubhan, perkahwinan mereka pada mulanya juga tidak direstui keluarga mertua kerana pekerjaannya sebagai seorang artis.
“Aku dah anak 2 la wey! Sudah-sudahlah mendengki tu. Carilah kebahgiaan korang sendiri pulak. Orang lain dah happy dah. Kau kenapa tak happy happy? Saya ni manusia juga. Doktor ke lawyer ke tukang sapu ke, kita ni tetap sama.”
Sekadar informasi, Nubhan dan Afifah selamat bergelar pasangan suami isteri pada 29 Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments