Bagaikan lumrah setelah mendirikan rumah tangga, penyanyi Sufi Rashid mengakui dirinya juga tidak terlepas daripada kerap ditanya mengenai soal menimang cahaya mata.
Biarpun baru sahaja sah berkahwin pada tahun lalu, Sufi memaklumkan bahawa beliau dan isteri masih belum dikurniakan rezeki lagi untuk menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam hidup mereka.
“Baby ada dah.. tapi baby kucinglah di rumah (berseloroh). Belum lagi ada. Insya-Allah kalau diberikan rezeki, jika Allah dah tetapkan masanya, saya akan kongsikan.”
Katanya, sebagai insan yang baru mendirikan rumah tangga hampir setahun, dia akui soal anak sering menjadi tumpuan. Namun, tetap menegaskan bahawa situasi seperti itu langsung tidak pernah menjadi satu tekanan buatnya.
“Biasalah bila orang kahwin, soalan itu dah jadi klise, saya terima sahaja. Bila gemuk sikit kata, ada baby ke..bila kurus orang cakap macam tak sayang bini pula. Keluarga memang ada bertanya soal anak, tapi mereka tidaklah sampai push (desak).”
Untuk rekod, Sufi selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Nurulain Md Yusof, dalam satu majlis ala taman di sebuah hotel di Putrajaya 21 September 2019.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments