Tidak lekang berkongsi perjalanan selama lima tahun menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang industri kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM), penyanyi Tomok akui berasa gementar sebelum menduduki ujian bahasa Inggeris universiti iaitu Malaysian University English Test (MUET).
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Tomok kepada umum menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya baru-baru ini.
“Penuh debaran untuk kertas MUET hari ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ini bermakna kami hampir memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif Di UUM… pengajian menghampiri lima tahun bagai sekelip mata berlalu.”
Kata Tomok, ada kalanya beliau bagai hilang semangat dan hampir putus asa ketika di awal pengajian. Bagaimanapun, tetap berterima kasih buat rakan seperjuangan yang tidak putus-putus menyokong serta membantunya.
“Terima kasih kepada kawan-kawan sekelas yang selalu berikan sokongan pada saya… walaupun sebenarnya saya nak putus asa masa semester dua lagi.”
Ujar Tomok, beliau juga tidak ketinggalan menzahirkan rasa syukur atas segala peluang yang diberikan. Malah tetap berharap agar mampu menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang.
“Yang paling penting, terima kasih Allah untuk segalanya. Saya bersyukur ya Allah untuk segala nikmat yang diberikam. Semoga saya dapat jadi seorang insan yang lebih baik di masa akan datang.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan ucapan tahniah buat Tomok. Malah wujud juga segelintir peminatnya yang tumpeng bangga dengan kejayaan yang diraih Tomok kini.
Entri itu juga turut memaparkan wajah pelakon Fattah Amin yang hadir menduduki ujian yang sama.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments