Bagai tidak gentar andai timbul dakwaan mahupun persepsi negatif mengatakan dirinya hanya menjenamakan semula produk penjagaan kulit keluarannya, “Fazura Skincare” dari pembekal yang menjual secara ‘timbang kilo’, pelakon Nur Fazura akui tak ambil peduli andai ditohmah dengan dakwaan seperti itu.
Kata Fazura, beliau langsung tidak takut kerana yakin terlibat sendiri dalam proses penghasilan produk tersebut.
“Saya tak takut dengan persepsi itu kerana saya memang terlibat dalam proses penghasilan produk ini sejak awal lagi. Saya pun hasilkan produk yang sesuai untuk pelanggan, bukan syok sendiri, saya sendiri lakukan kajian untuk hasilkan produk ini.”
Menurut isteri kepada aktor tampan Fattah Amin ini, pihak Fazura Skincare juga mempunyai ahli kimia sendiri dan mereka tidak menggunakan bahan yang mendatangkan mudarat kepada kulit pengguna.
“Kami ada ahli kimia sendiri, malah bahan yang digunakan juga tidak mendatangkan mudarat kepada kulit. Sebagai contoh, dalam pencuci muka Fazura Skincare, ia tidak mengandungi Sulfate dan ternyata selamat untuk digunakan.”
Difahamkan set eksklusif Fazura Skincare berharga RM89.90 satu set.lengkap dan hadir dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam juga serum bersaiz mini.
Sekadar informasi, Fazura kini sedang sarat hamil anak sulung. Beliau juga dikhabarkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Bagaimanapun, sehingga kini, pasangan romantis yang lebih mesra disapa Fattzura itu masih tidak mendedahkan lagi jantina anak mereka.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments