Memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu saman yang dikeluarkan adik iparnya, Ali Puteh. balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, percaya kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti.
Biarpun sebelum ini dikritik pelbagai pihak di atas segala dakwaan yang dilontarkan kepadanya suatu ketika dahulu, namun, Hidayah kini dilihat tetap matang dalam berkata-kata.
“Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar.”
Ujar Hidayah, segala yang dilakukannya hanyalah semata-mata untuk anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
“Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak.”
Terdahulu, Pelawak Ali Puteh mengakui mengeluarkan saman terhadap kakak iparnya dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Menurut Ali saman balas tersebut sebagai tindakan balas Hidayah yang mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.
Malah, Hidayah sebelum ini mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama Allayarham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah. Beliau juga khabarnya telah mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Allahyarham dan mendakwa telah memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anaknya.
Sekadar informasi, sebelum ini Hidayah telah sah menjadi isteri kepada Allahyarham Abam pada 8 Disember 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, yang kini berusia setahun dua bulan.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments