#Hiburan: “Susah, Kejap-Kejap Periksa CCTV” – Sayang Tinggalkan Anak Punca Zizie Izette Sukar Nak Berlakon Kembali

Mendedahkan dirinya kini sudah mula keluar bekerja dan sering pulang rumah lewat, pelakon Datin Zizie Izette memaklumkan pengalaman meninggalkan anak untuk keluar bekerja adalah perkara yang paling berat buatnya.

“Susah, Kejap-Kejap Periksa CCTV” - sayang Tinggalkan Anak Punca Zizie Izette Sukar Nak Berlakon Kembali

Menurut Zizie, hasratnya yang mahu kembali menyinari dunia seni lakonan seakan perlu dilupakan buat sementara waktu.

Perkara tersebut dikongsi Zizie menerusi sebuah posting yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Sejak bekerja ni selalu balik lambat. Ingat nak surprise kan anak2 last2 diorg yg surprise kan kita! . . Mcmana eh mommy2 yg kena bekerja tinggalkan anak2 kat rumah? Pengalaman baru utk saya. Susahhh ooooo. Like myself, kejap2 check cctv. Minta nanny hantar video setiap masa. Mcmana nak berlakon balik mcmni. Jawabnya, lambatttt lg!!! 😂🙇🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ #clingymommy

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

“Sejak bekerja ni selalu balik lambat. Ingat nak surprise kan anak-anak tapi akhirnya mereka yang surprise kan kita! Macam mana ya mommy yang kena bekerja tinggalkan anak-anak di rumah?”

Ujar Zizie, sifat bimbang yang meninggi dalam dirinya itu kadang kala mendesaknya untuk lebih kerap mengetahui apakah aktiviti yang dilakukan anak-anaknya di rumah sewaktu ketiadaannya di sisi.

“Susah, Kejap-Kejap Periksa CCTV” - sayang Tinggalkan Anak Punca Zizie Izette Sukar Nak Berlakon Kembali

“Pengalaman baru untuk saya. Susah. Macam saya, kejap-kejap check cctv. Minta nanny hantar video setiap masa. Macam mana nak berlakon balik mcmni. Jawabnya, lambat lagi.”

Menjengah ke ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikutnya yang telah berkeluarga dilihat saling berkongsi pendapat mereka dengan pelakon tersebut. Malah, tidak ketinggalan para peminat Zizie juga masih mahu pelakon itu kembali berlakon kerana yakin bahawa mutu lakonan yang dipersembahkan Zizie menerusi sesuatu karya sering kali menambat hati peminat.

“Susah, Kejap-Kejap Periksa CCTV” - sayang Tinggalkan Anak Punca Zizie Izette Sukar Nak Berlakon Kembali

Untuk rekod, Zizie telah selamat menjadi isteri dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lapan bulan.

Pasangan itu juga turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments