Vokalis kumpulan OAG, Radhi dilaporkan sedang berusaha mengumpul wang untuk menampung kos pembedahan mata kanannya yang disyaki menghidap masalah katarak.
Menurutnya, dia mula merasa sesuatu yang tidak kena pada mata kanannya sejak Mac yang lalu.
Radhi berkata lagi, matanya seolah-olah tidak berfungsi dengan baik dan mula beransur gelap serta penglihatannya semakin kabur.
“Tiba-tiba penglihatan mata kanan saya jadi gelap dan kabur. Saya juga tidak dapat mengawal keseimbangan badan ketika berdiri dan memegang barang. Jadi saya dapatkan rawatan di hosptal dan doktor memberitahu saya mengalami masalah katarak selain perlu menjalani pembedahan,”
Penyanyi yang popular dengan lagu Generasiku ini berkata lagi, kos pembedahan mata itu dianggarkan sebanyak RM3,000 dan dia kini sedang berusaha mengumpul wang secepat mungkin kerana bimbang masalah lain yang bakal timbul.
Sentiasa positif dan redha dengan apa yang terjadi, Radhi menganggap penyakit yang dialaminya kini adalah satu ujian dan petunjuk daripada Allah supaya dia menjadi insan yang lebih baik.
“Saya anggap penyakit ini satu hadiah daripada Allah. Mungkin Dia nak beritahu saya kalau saya masih teruskan dengan kehidupan begitu (masa lalu), masa depan saya boleh gelap. Doakan supaya mata kanan saya kembali normal supaya saya dapat menikmati kehidupan dengan lebih baik,”
Perkembangan terkini, Radhi bakal tampil dalam sebuah konsert dalam talian pada 30 Ogos ini bersama rakan-rakan artis lain seperti Baba Andy (Flop Poppy), Emri Shamreza (Blind Tribe) dan juga Nazrin (OAG).
Sumber : Harian Metro
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments