#Hiburan: “Ada Undangan Saya Pasti Datang” – Zizan Razak Titip Pesanan Buat Bakal Suami Mira Filzah

Mendoakan yang terbaik buat pelakon Mira Filzah dan bakal suaminya, Wan Emir Astar, pelawak tersohor tanah air, Zizan Razak tampil menitip pesanan buat mereka yang khabarnya bakal melangkah ke alam perkahwinan tidak lama lagi.

zizan akan hadir ke majlis kahwin mira andai dijemput

Pesanan itu dititip Zizan menerusi sebuah program Rumah No 107 yang bakal bersiaran malam ini di Astro Warna.

“Kepada bakal puan Mira Filzah, saya Zizan Razak ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan saya doakan yang terbaik untuk Mira dan juga bakal suaminya.”

Zizan juga dilihat tidak ketinggalan mendoakan agar hubungan yang bakal dibina itu kekal hingga akhir hayat. Malah turut memanjatkan doa supaya dikurniakan zuriat yang sempurna.

zizan akan hadir ke majlis kahwin mira andai dijemput

“Saya doakan supaya kekal hingga Jannah, mendapat anak yang baik, menjadi keluarga yang baik dan juga harmoni. Doakan juga untuk saya.”

Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo itu juga memaklumkan tiada masalah untuk dirinya hadir bertandang ke majlis perkahwinan pasangan itu andai menerima undangan daripada pihak berkenaan.

“Seharusnya saya datang, pernikahan harus diraikan dengan kemeriahan,”

zizan akan hadir ke majlis kahwin mira andai dijemput

Sekadar informasi, Mira sebelum ini pernah digosipkan dengan Zizan sehingga pernah suatu ketika dahulu timbul khabar angin mengatakan kedua-dua mereka memang serius bercinta sehingga mahu melangsungkan perkahwinan.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila Mira tampil mengakui status hubungannya dengan pelawak tersebut hanyalah sekadar kawan rapat sahaja.

Malah industri hiburan tempatan seakan gempar sekali lagi selepas Mira mendedahkan beliau kini sudah menjadi tunangan orang dan akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments