Mungkin berang dengan kritikan tidak beradab oleh seorang individu yang mengkritik dirinya tampak lebih tua setelah kurus, Michael Ang tampil untuk menegur selepas berkongsi foto di Instagram miliknya pada Sabtu lalu.
Menurut Michael,44, tiada siapa yang akan terlepas daripada menempuhi usia tua.
“Semua akan tua sekurangnya saya sedar diri dan berani tunjuk muka. Daripada manusia munafik yang suka komen benda busuk macam hari sendiri tapi tak berani tunjuk muka. Memang kita tua pun. Cara tu betulkan sikit..”
Individu berkenaan menegur Michael Ang yang nampak lebih tua setelah berjaya menguruskan berat badan.
Namun begitu, individu itu dilihat mengaku salah dan tampil meminta maaf jika telah membuatkan penerbit itu berkecil hati.
Netizen tersebut turut menjelaskan bahawa komen tersebut hanyalah pandangan peribadi dan bukanlah sebuah pernyataan ‘body shaming’.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments