#Hiburan: Kaka Azraff Syukur Masalah Anxiety Suami Sudah Tiada

Mendedahkan suaminya, Adam Azriff sebelum ini mempunyai masalah gangguan kecemasan (anxiety disorder) sehingga memerlukan sokongan daripadanya, penyanyi Kaka Azraff kini bagai mampu menghembus nafas lega apabila gangguan tersebut khabarnya telah tidak menyerang suaminya lagi.

Kaka Azraff Syukur Masalah Anxiety Suami Sudah Tiada

Ujar Kaka perkara itu sudah diketahuinya sebelum berkahwin lagi dan mengambil tanggungjawab tersebut untuk membantu dan memberikan sepenuh sokongan kepada suami tercinta.

“Sejak berkahwin, saya cuba jaganya dengan baik dan masalah tersebut sudah tidak ada. Malah saya rasa situasinya kian baik disebabkan oleh fokusnya sudah berbeza memandangkan kini dia sudah ada bergelar bapa dan sebagainya. Tidak lagi rujuk pakar.”

Kaka Azraff Syukur Masalah Anxiety Suami Sudah Tiada

Menurut Kaka, antara factor yang mendorong suaminya diserang gangguan tersebut mungkin disebabkan cara pemakanan yang diambil oleh suaminya.

“Antara penyebab anxiety mungkin kerana cara hidup sebelum ini selain pemakanan dan sebagainya.”

Berkongsi perkembangan terkini selepas hampir setahun bergelar ibu, Kaka memaklumkan kehidupannya lebih bahagia dengan kehadiran bersama putera sulung mereka.

Kaka Azraff Syukur Masalah Anxiety Suami Sudah Tiada

“Bila melihat anak membesar di depan mata, saya rasa penat yang kita lakukan dalam kerja selain menjaganya itu dirasakan cukup berbaloi. Itulah kemanisannya bagi saya. Bila rasa penat tu, pandang anak dan lihat gelagatnya, rasa penat itu hilang.”

Untuk rekod, Kaka sah menjadi isteri kepada Adam pada 14 Disember 2018. Pasangan itu kemudiannya selamat menimang cahaya mata pertama mereka yang diberi nama Aslan pada Oktober tahun lalu.

Sumber: Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments