#Hiburan: Hubungan Penyanyi Afieq Shazwan dan Wani Kayrie Dingin Kerana Orang Ketiga?

Meskipun tidak pernah mengiyakan atau menidakkan hubungan istimewa dengan penyanyi Wani Kayrie, Afieq Shazwan mengatakan segala persoalan mengenai perhubungan mereka bakal terjawab menerusi single terbaru yang bakal dilancarkan pada September depan.

Memberi bayangan bahawa single berkenaan mempunyai kaitan dengan kisah hidupnya, dia yakin bahawa peminat yang mendengar akan mengetahui segala isi hati yang terpendam.

Ketika ditanyakan apakah genre single terbaru kali ini, Afieq mendedahkan lagu tersebut berirama R&B dan berkisar mengenai hubungan percintaan yang tidak berakhir dengan indah.

Dalam pada masa yang sama, Afieq juga sempat membuka cerita mengenai hubungannya dengan Wani yang dikatakan semakin dingin. Dia juga berkata bahawa dia sama sekali tidak mengetahui apa punca serta salah dan silap yang menjadi penyebab hubungan mereka semakin renggang sejak empat bulan kebelakangan ini.

View this post on Instagram

?

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn) on

“Kami tiada tarikh putus seperti pasangan lain. Cuma hubungan mula semakin dingin sejak empat bulan lalu. Sebelum ini kami rapat dan saling ambil berat antara satu sama lain namun kini tak lagi. Jika dulu sering berjumpa di kampus sekarang sudah jarang. Pendek kata sekarang ini lebih banyak tidak daripada iya. Betul, kami tak pernah umum kami bercinta tetapi hubungan kami sangat rapat,”

Menurutnya lagi, dia tidak tahu kenapa hubungan mereka berakhir seperti ini dan tidak pasti siapa yang menjauhkan diri pada mulanya.

 Afieq juga mengakui agak kecewa apabila semuanya terjadi seperti ini dan terkilan kerana sudah membina keakraban bersama Wani sejak dua tahun yang lalu.

“Mungkin juga Wani sudah menemui lelaki yang disukai. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya, saya tetap akan bersikap profesional dan tidak kisah jika dikehendaki bekerjasama dengannya,” – Afieq Shazwan

Sumber : Berita Harian Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments