#Hiburan: “Pakai Saja Apa Pun, Asalkan Jangan Bogel!” Kecoh Isu Mira Filzah Salah Guna Pakaian Tradisi India, Penyanyi Nourul Depp Tampil Beri Pendapat

Belum usai nampaknya isu Mira Filzah yang dikatakan menyalahgunakan pakaian tradisi kaum India sehingga menimbulkan perdebatan di kalangan netizen. Meskipun pelakon dan pengacara kecil molek itu sudah tampil membuat permohonan maaf kepada mereka yang tersinggung di luar sana, namun isu itu masih belum reda.

Sebagai sebuah negara yang boleh dikatakan bebas untuk rakyatnya menyuarakan pendapat, begitu juga dengan rakan artis yang tampil untuk memberi sedikit komen mengenai isu ini.

Misalnya, penyanyi Nourul Depp menyifatkan bahawa tiada salahnya untuk setiap bangsa di negara ini untuk menggayakan pakaian daripada tradisi kaum lain.

Malah baginya, masyarakat Malaysia patut berbangga kerana hidup secara aman dan harmoni walaupun berlainan agama dan bangsa, atau dengan kata lain hidup dalam sebuah masyarakat yang majmuk.

View this post on Instagram

Dan kami pun nak letak lah jugak… soal sari, soal budaya… kita kn rakyat malaysia. Ada 3 bangsa. Tiga budaya. Tak salah aih nak pakai baju bangsa cina ka, india ka… Tak lupa yang di sabah dan sarawak. Ada banyak lagi budaya. (Thanks for reminding puan yang komen di bawah) (menaip masa pi groceries??) Teringin jugak nak pakai baju kadazan, dusun, bidayuh… bila nak pi lagi sabah dan sarawak pun tak tau Muhibbah… lagi lagi buln merdeka ni kita kena sedaq siapa malaysia dan apa malaysia. Nak berkelai jangan pakai baju bangsa aku atau mempermainkan budaya: pada kami takdak kena mengena Sebab sesama bangsa respect to each other, sebab tu pakai. Kat rumah kami ada semua baju budaya malaysia. Baju budaya vosgien laki kami ja takdak. Pakai ja apa pun. Asalkan jangan bogel dok melilau sana sini sudah ???? Kami suka sari! Dari kecik dah biasa pakai. Kami kan ada darah keturunan india. So tak salah kan kalau kita memakmurkan lagi asal usul kita kan… Baju sari ni dari india. My visit to india in year 2017.

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

 Dia yang meluahkan pendapat itu di laman instagram miliknya sambil memaparkan dirinya sedang menggayakan pakaian sari yang merupakan pakaian tradisional masyarakat India.

“Dan kami pun nak letaklah jugak..soal sari, soal budaya..kita kan rakyat Malaysia…Kat rumah kami ada semua baju budaya Malaysia. Baju budaya Vosgien laki kami ja takdak. Pakai ja apa pun. Asalkan jangan bogel dok melilau sana sini sudah..”

Turut mengakui dirinya sangat suka memakai Sari meskipun tidak mempunyai darah kaum India, baginya tidak salah untuk bergaya dalam busana kaum lain dalam usaha memakmurkan lagi asal – usul negara Malaysia di mata dunia.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments