#Hiburan: “Saya Tak Nak Panjangkan Cerita” – Belum Setahun Berkahwin, Rumah Tangga Nadia Brian Dilanda Badai?

Enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangga dengan suami, Muizz Nasruddin yang didakwa sedang bermasalah, pelakon Nadia Brian dilihat lebih berselindung apabila diajukan soalan sedemikian.

"Saya Tak Nak Panjangkan Cerita” - Belum Setahun Berkahwin, Rumah Tangga Nadia Brian Dilanda Badai?

Ujar Nadia, fokus utamanya sekarang adalah untuk menyembuhkan kaki selepas mengalami kecederaan ketika sedang mengikuti penggambaran sebuah drama pada Julai lalu.

“Biasalah rumah tangga akan ada pasang surut. Setiap hubungan dalam keluarga mesti ada masa diuji. Sikit-sikit saja.. Tak ada pergaduhan yang memudaratkan hubungan. Saya tak nak panjangkan cerita.”

Kata Nadia, beliau amat berterima kasih kepada orang ramai khususnya para peminat yang tidak putus-putus mengambil berat tentang dirinya.

"Saya Tak Nak Panjangkan Cerita” - Belum Setahun Berkahwin, Rumah Tangga Nadia Brian Dilanda Badai?“Sekarang ini fokus utama saya adalah kaki. Nak cepat sembuh. Dah sakit macam ni nak kerja lagi. Insya-Allah, nanti akan elok kembali. Terima kasih kepada peminat yang mengambil berat tentang saya.”

Disoal mengenai maksud disebalik hashtag #IndependentWomen dalam salah sebuah posting di laman Instagramnya, Nadia memaklumkan ia hanyalah melambangkan kekuatan pada diri seorang wanita.

"Saya Tak Nak Panjangkan Cerita” - Belum Setahun Berkahwin, Rumah Tangga Nadia Brian Dilanda Badai?

“Hashtag ‘IndependentWomen’ itu diri saya. Kita kena kuat walau apa yang terjadi. Kehidupan tetap kena diteruskan. Pandang ke depan. Cari kebahagiaan.”

Untuk rekod, Nadia telah selamat bergelar isteri kepada Muizz pada 9 November tahun lalu selepas dua tahun berkenalan. Meskipun begitu, perkhabaran bahawa Nadia kini telah berbadan dua masih belum didengari. Sama-sama kita doakan agar rumah tangga pasangan ini sentiasa dirahmati olehnya.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments