Pernah meluahkan hasrat untuk membuka sebuah Pusat Pengajian Al-Quran untuk golongan dewasa, pereka fesyen terkenal yang juga kini bergelar usahawan, Datuk Rizalman Ibrahim telah mengumumkan bahawa cita-citanya itu kini bakal menjadi kenyataan apabila telah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.
Dia dilihat telah berkongsi berita gembira itu menerusi entri di laman instagram miliknya, hari ini. Dalam entri berkenaan, Datuk Rizalman meluahkan rasa syukur apabila permohonan untuk menubuhkan yayasan tersebut telah pun diluluskan.
Datuk Rizalman turut memuat naik salinan surat kelulusan untuk penubuhan pusat pengajiannya itu yang bakal diberi nama Yayasan RI.
Peminat yang mengikuti perkembangan Datuk Rizalman rata-rata mengucapkan tahniah dan turut mendoakan niat baik serta usahanya itu dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.
Mengimbas kembali, Datuk Rizalman Ibrahim telah berhasrat untuk menubuhkan sebuah pusat pembelajaran bagi mereka di luar sana yang berminat untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran. Dalam pada itu, dia turut mencari tempat serta tenaga pengajar yang sesuai dan dikhabarkan lokasi pertama Yayasan itu akan ditubuhkan adalah di Johor Bahru.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments