#Hiburan: “Yang Pakai Gelang Pink Seronok Jalan-Jalan” – Fatin Afeefa Kesal Dengan Sikap Golongan Tidak Bertanggungjawab

Menzahirkan rasa kesal terhadap segelintir individu yang ingkar akan arahan kerajaan untuk menjalani kuarantin di rumah selepas pulang dari luar negara, aktres Fatin Afeefa mendedahkan tidak keterlaluan andai beliau melabel golongan tersebut sebagai memetingkan diri sendiri serta tidak bertanggungjawab.

Fatin Afeefa Kesal Dengan Sikap Golongan Tidak Bertanggungjawab

Hal ini kerana, penularan wabak COVID-19 ini masih belum pulih sepenuhnya, malah dikhabarkan kian meningkat kebelakangan ini.

“Saya kecewa selepas membaca tentang ‘geng gelang pink’ yang langgar arahan kuarantin. Jangan susahkan orang lain sebab anda golongan ‘high risk’.”

Katanya, beliau juga tidak terlepas daripada menjalani tempoh kuarantin selepas pulang dari luar negara tempoh hari.

Fatin Afeefa Kesal Dengan Sikap Golongan Tidak Bertanggungjawab

“Saya tahan rindu nak jumpa anak. Saya akui tertekan semasa menjalani kuarantin tetapi takkan saya nak heret anak saya sekali kalau saya positif Covid-19 ketika itu?”

Memetingkan keadaan sekeliling serta persekitaran khususnya kepada golongan yang mudah dijangkiti seperti warga emas dan kanak-kanak, Fatin mengakui dirinya mengambil langkah berjaga-jaga dengan bertindak mengurung diri daripada berjumpa dengan insan tersayang meskipun ketika itu kerajaan belum memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini.

Fatin Afeefa Kesal Dengan Sikap Golongan Tidak Bertanggungjawab

“Iya, kita baru pulang dari luar negara, biarpun masa tu belum ada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tapi faham-faham sendirilah.”

Untuk rekod, Fatin yang dilantik sebagai duta selipar jenama Havaianas bersama pelakon Nelydia Senrose sejak Mac lalu diterbangkan ke Brazil untuk menjalani penggambaran selama lima hari.

Mereka selamat kembali ke tanah air empat hari sebelum perlaksanaan PKP.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments