Spekulasi pergolakan rumah tangga pelakon Keith Foo dan bekas isterinya, Kim Raymond yang hangat diperkatakan sebelum ini bagai temui kata putus apabila Keith kini tampil mendedahkan bahawa dirinya telah sah bercerai dengan model tersebut pada penghujung tahun lalu.
Ujar pelakon tampan itu, beliau dan bekas isteri juga sudah dua tahun tidak lagi bersama.
“Kami berpisah semenjak dua tahun lalu tetapi secara rasminya bercerai pada Disember tahun lepas. Walaupun sudah tidak lagi bersama, kami masih berhubung dan rapat demi anak, Skylar Raymond Foo.”
Menurut Keith, biarpun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat, Keith dan bekas isteri sepakat mengekalkan hubungan yang baik.
“Anak tinggal dengan isteri tetapi setiap hari saya bertemu dengan anak. Jika saya bercuti dan tiada penggambaran, anak akan tidur di rumah saya.”
Bagaimanapun, ujar Keith, meskipun tiada lagi hidup sebumbung, segala situasi yang dihadapinya kini dan bekas isteri dikhabarkan lebih baik berbanding sebelum ini, malah tidak menafikan bahawa sesebuah perkahwinan itu tidak boleh dipaksa-paksa.
“Kami berpisah secara baik. Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Daripada kita paksa-paksa, kita tangguh-tangguhkan, tak tahu apa akan jadi di masa akan datang. Jika dipaksa dan tiada persefahaman, takut perkara lebih buruk yang bakal terjadi. Sekarang, situasi yang kami hadapi menjadi lebih baik.”
Untuk rekod, Keith sebelum ini telah selamat bergelar suami kepada Kim pada November 2015. Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan cahaya mata pada 30 Mei 2017.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments