Seolah tidak menafikan bahawa dirinya juga terpalit dengan dugaan sepanjang proses pertunangan bersama pelakon hebat tanah air, Risteena Munim, pelakon Isa Khan mendedahkan beliau juga sering kali berdepan salah faham.
Menurut Isa, situasi seperti salah faham dan merajuk itu sering berlaku namun ia bukanlah satu isu yang besar.
“Kadang-kadang ada salah faham dan merajuk. Saya tak nafikan pasal itu sebab tipu sangat. Kalau dia merajuk sekalipun sebab dia sayang saya. Merajuk tu sebenarnya nak perhatian saja.”
Kata Isa, beliau kini amat bersyukur dengan kehadiran Risteena dalam kehidupannya.
“Risteena seorang yang boleh jaga saya. Dia satu-satunya. Dia juga jaga keluarga saya terutama ibu saya. Saya takda ayat untuk ‘describe’ tentang Risteena. Dia segalanya. Mungkin ramai tak tahu tapi saya rasai setiap momen dengan dia.”
Terdahulu, Risteena Munim akui risau apabila terpaksa meninggalkan tunangnya, Isa Khan untuk menjalankan perniagaan mereka berseorangan.
Katanya, itu juga merupakan dugaan paling berat yang perlu ditempuhinya sepanjang bertunang dengan jejaka itu.
Sekadar informasi, Risteena dan Isa telah selamat bertunang pada 23 November 2019. Malah, pasangan ini juga khabarnya dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Namun tarikh majlis perkahwinan mereka masih belum ditetapkan susulan penularan wabak COVID-19.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments