#Hiburan: “Saya Sampai Umur 40 Tak Kahwin Pun Tak Apa,” Sharifah Sakinah Tak Mahu Rujuk Semula, Lebih Selesa Hidup Sendiri

Pelakon dan juga pelawak, Sharifah Sakinah mengakui bergelar ibu tunggal bukanlah suatu perkara yang mudah.

Menurutnya, melalui fasa penceraian dan bergelar ibu tunggal ternyata telah memberi kesan yang mendalam dalam hidupnya.

Jelas Sakinah, penceraian tersebut bukanlah berlaku disebabkan oleh suaminya, Aliff Adha.

“Penceraian ini masih baru lagi sebab tu saya tengah cuba sebaik mungkin meneruskan kehidupan, sebab tu Sakinah banyak luangkan masa di gim sekarang, jadi saya tak fikir pasal masalah rumah tangga. Selepas penceraian memang haru biru sebenarnya dan bukan mudah untuk meneruskan kehidupan seperti biasa, bukan dah bercerai 10 tahun,”

Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini juga memberitahu bahawa dia dan bekas suaminya kini masih berhubung secara baik. Turut memuji Aliff sebagai seorang yang sangat baik, dan sentiasa memberi sokongan kepada dirinya.

View this post on Instagram

Haram cabut kain batik

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

View this post on Instagram

I hate that feeling you get on the last day of vacation. Thank you Langkawi ?

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

 Namun, dia menolak untuk rujuk kembali jika diberi peluang kerana tidak mahu membebankan sesiapa saja mengenai penyakitnya.

“Kalau boleh saya tak nak rujuk semula kerana saya tidak mahu membebankan dia lagi dengan masalah sakit yang saya alami. Saya sampai umur 40 tak kahwin pun tak apa,”

Adik kepada aktres dan penyampai radio Sharifah Shahirah ini sebelum ini ada mendedahkan sedang menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tumpuan & Hiperaktif (ADHD) sejak kecil dan kini sedang menjalani rawatan sejak tahun 2018.

Mengimbas kembali, Sakinah dan Aliff telah mendirikan rumah tangga pada 28 Mac 2015 dan memperoleh seorang cahaya mata, Anais Adha yang kini berusia 3 tahun sebelum bercerai pada Mei lalu.

Sumber : Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments