Menzahirkan rasa syukur tidak mengalami kecederaan selepas tayar kereta yang dinaikinya meletup di tengah jalan, Pelakon Datuk Aaron Aziz berkata beliau bagai bernasib baik kerana kereta yang dinaikinya itu tidak berpusing atau hilang kawalan.
“Cerita semalam…Habis shooting @fairiekhalil tengah memandu tiba-tiba dengar bunyi meletup. Nasib Baik tak swerve dan terlanggar apa.”
Perkara itu didedahkan kepada umum menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.
Dalam pada itu, , Aaron memuat naik satu lagi video IG TV dan berkongsi tips cara mengendalikan kenderaan jika ada diantara pengikutnya mengalami situasi yang sama.
“Nasib baik run flat tires, walaupun dah pancit tayar dia masih keras. Semalam kita berada ditengah lebuh raya dah bunyi meletup. “Tapi… Alhamdulillah kita hanya boleh drive 50 km sejam dan tidak boleh jauh daripada 80 km. Kena bawa perlahan-lahan, lampu kecemasan kena buka.”
Seperti sudah dijangka, posting tersebut dibanjiri dengan komen pengikutnya. Rata-rata peminat Aaron turut menzahirkan rasa syukur kerana aktor terbabit terselamat daripada sebarang kemalangan.
Sekadar informasi, Aaron telah selamat menjadi suami usahawan Diyana Halik pada 3 Ogos 2003. Hasil perkahwinan itu, pasangan romantis ini dikurniakan tiga cahaya matai aitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dalia Arissa.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments