Menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 49 pada 20 Ogos 2020 semalam, pelakon Datuk Hans Isaas akui beliau mahu lakukan sesuatu yang berbeza pada sambutan kali ini.
Kata Hans, beliau dan rakan-rakan akan meraikannya dengan melakukan aktiviti sosial dan beramal.
“Amat berbeza dari kebiasaan seperti tahun-tahun sebelumnya, kali ini saya bersama rakan-rakan menjenguk kediaman masyarakat dan memberikan sedikit bantuan yang termampu.”
Katanya, di usia kini adalah wajar untuk dirinya terus prihatin kepada masyarakat dengan menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.
“Mengingatkan saya pada usia ini untuk terus prihatin kepada masyarakat yang memerlukan.Sentiasalah bersyukur. Marilah lakukan dan sumbangkan walaupun sedikit kerana ia mampu memberi kesan kepada mereka.”
Niat murni Hans itu dikongsinya menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya semalam.
Dalam posting itu juga, pelakon filem Lemak Kampung Santan itu juga sempat memuat naik foto-fotonya sepanjang aktiviti amal tersebut dilakukan.
Difahamkan Hans bersama satu kelab kebajikan mengagihkan sumbangan dan melawat penduduk yang memerlukan. Semoga sifat murni Hans ini dijadikan contoh buat masyarakat di luar sana.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments