Mendedahkan kepada umum bahawa suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa bukanlah seorang lelaki yang romantik terhadap pasangan, pelakon dan pengacara tinggi lampai Ain Edruce akui redha dengan sikap suaminya itu.
Meskipun begitu, sikap tidak romantik suaminya itu sudah didedahkan sejak mereka mula berkenalan lagi, ia seakan tidak ada sebab untuk dipersoalkan kerana Amirul khabarnya merupakan suami yang amat bertanggungjawab.
“Bila orang lain dapat bunga, pernah tanya dia,’sayang, awak tak pernah beri bunga kepada saya’. Lepas tu dia suruh pilih katanya ‘awak nak bunga ke nak saya bayar kereta awak?’. Sudah pasti saya pilih untuk dia bayarkan kereta. Bunga berapa sen je pun.”
Disebabkan pengorbanan besar suaminya itu juga dalam menjalankan tanggungjawab membuatkan Ain tidak kisah sekiranya tiada momen romantis diterimanya.
“Lepas dia tawarkan diri nak bayar kereta, rasa lega. Sejuk hati. Jadi, bila saya fikir balik, suami saya tak romantik, tapi komitmen yang dia korbankan untuk saya, buatkan saya tiada apa nak complain pasal dia.”
Dalam pada itu, Ain turut mendedahkan bahawa suaminya bukanlah lelaki yang sentiasa mahukan “update” seperti yang lazim dilakukan pasangan lain. Malah tetap kagum dengan ragam suaminya yang sentiasa memudahkan urusan pekerjaanya.
“Dia tak pernah kacau saya kerja. Sebab katanya, nanti balik rumah barulah cerita apa kami buat seharian.”
Terdahulu, Ain bagai tidak segan mengakui berasa cukup bertuah apabila dikurniakan seorang suami yang cukup memahami dan banyak membantunya dalam urusan rumah tangga kerana suaminya seorang yang rajin ke dapur untuk memasak dalam menyediakan juadah harian.
Untuk rekod, Ain sah menjadi isteri kepada ahli perniagaan, Amirul pada 13 Disember 2019. Sehingga kini, khabar berita dirinya sudah berbadan dua masih belum didengari. Semoga yang baik-baik sahaja buat pasangan ini.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments