#Hiburan: Bekas Isteri Dedah Amar Asyraf Tak Datang Jenguk Anak

Biarpun sebelum ini isteri kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry mendedahkan dirinya sudah diceraikan talak tiga oleh suaminya secara bersemuka pada 4 November tahun lalu, namun pengesahan lafaz cerai masih berlangsung di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Bekas Isteri Dedah Amar Asyraf Tak Datang Jenguk Anak

Menurut laporan Harian Metro, Vivy memaklumkan itu memberikan kerjasama yang baik dalam usaha menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.

“Sejak diceraikan dengan talak tiga pada 4 November tahun lalu, proses pengesahan di mahkamah masih berlangsung sehingga hari ini. Saya berterima kasih kepada Amar kerana dia memberikan kerjasama yang baik untuk selesaikan masalah ini.”

Ujarnya lagi, beliau amat berharap agar proses perceraian mereka dapat dilesaikan secepat mungkin supaya dirinya boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

“Tiada apa yang saya harapkan sekarang ini, selain berdoa supaya proses perceraian dapat diselesaikan dengan cepat supaya saya boleh teruskan kehidupan dengan anak seperti biasa.”

Bekas Isteri Dedah Amar Asyraf Tak Datang Jenguk Anak

Bagaimanapun, Vivy turut menyeru Amar untuk hadir menjenguk anak mereka kerana dikhabarkan beliau membesarkan cahaya mata itu seorang diri.

“Namun, saya harap Amar sesekali datanglah jenguk anak atau bertanya khabar pun sudah memadai. Insha-Allah saya akan besarkan anak dengan sebaik mungkin dan berikan kasih sayang sepenuhnya.”

Bekas Isteri Dedah Amar Asyraf Tak Datang Jenguk Anak

Terdahulu, Vivy mendedahkan sudah berkahwin dengan pelakon itu beberapa tahun lalu. Namun hubungan mereka akhirnya terbongkar selepas wanita yang dikenali sebagai Ellika Azman yang didakwa hampir berkahwin dengan Amar, meruntuhkan perancangan tersebut selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments