#Hiburan: “Memang Naluri Saya Sebagai Guru Kuat” – Adibah Noor Tegur Sebutan Penyampai Radio Saluran Bahasa Inggeris

Membetulkan sebutan bahasa Inggeris penyampai radio saluran bahasa Inggeris semalam, nama penyanyi Adibah Noor sekali lagi mendapat reaksi positif pengguna laman sosial.

Adibah Noor Tegur Sebutan Penyampai Radio Saluran Bahasa Inggeris

Menurutnya, beliau sebelum ini juga pernah beberapa kali mengambil pendekatan sama dengan menegur kesilapan sebutan yang dibuat segelintir pihak termasuk dalam kalangan selebriti.

Hal ini demikian kerana, perkara itu bagai datang secara semula jadi daripada dirinya, memandangkan Adibah mempunyai latar belakang sebagai bekas guru bahasa Inggeris.

Adibah Noor Tegur Sebutan Penyampai Radio Saluran Bahasa Inggeris

“Lagi pula perkara yang saya dengar dan kesalahan lazim selalu orang buat, yang mungkin tak tahu sebutan betul atau susunan ayat betul, perkara kecil macam itu saya guna untuk betulkan. Tapi, tak naklah pula sampai digelar ‘grammar nazi’ dan sebagainya.”

Ujarnya lagi, beliau seakan terpanggil untuk membuat perkara itu untuk membetulkan kesalahan biasa dan membiasakan yang betul.

“Memang naluri saya sebagai guru kuat. Kiranya saya terpanggil nak betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Banyak maklum balas daripada pengikut terkeliru dengan perkara yang ‘simple’.”

Terdahulu, Adibah tampil membetulkan dua sebutan iaitu ‘debt’ (hutang) dan ‘doubt’ (sangsi) menerusi video berdurasi 51 saat tersebut. Sehingga kini jumlah tontonan di laman twitternya kini sudah mencecah lebih 150,000 tontonan, lebih 7,000 ulang kicau dan komen serta lebih 9,000 tanda suka.

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments