Mendedahkan dirinya pernah dibenci oleh peminat Tomok sekitar tahun 2004, penyanyi popular Siti Nordiana tampil mengimbas kembali kenangan zaman kemasyurannya bersama Newboyz.
Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, beliau pernah diserang oleh peminat Tomok sehingga membuatkannya tidak dapat meneruskan persembahan.
Kenyataan itu didedahkan sendiri oleh Nana menerusi program Rumah No 107 yang bakal bersiaran pada Jumaat ini.
“Kebanyakkan peminat Newboyz adalah perempuan, jadi mereka jugalah yang baling-baling telur dekat atas pentas sampai saya tak boleh menyanyi disebabkan peminat mereka tak suka Nana.”
Kejadian itu dikhabarkan berpunca selepas wujud pihak cuba menyebarkan gosip bahawa Nana pada ketika itu sedang hangat bercinta dengan penyanyi tersebut.
“Nak jadikan cerita ni dulu saya pernah kena baling telur dengan peminat Tomok sebab masa zaman itu saya sering digosipkan dengan dia.”
Nana yang pada ketika itu juga sedang meningkat naik akui turut terkesan dengan kejadian tersebut.
Untuk rekod, biarpun Nana sebelum ini pernah dilabel sebagai artis kampung ketika awal kemunculannya di era 90-an dan awal 2000, namun dirinya kini telah berjaya membuktikan bahawa kemampuan luar biasanya yang selama ini terpendam, mampu meraih pelbagai anugerah tempatan khususnya melibatkan undian peminat seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 dan Anugerah MeleTOP Era.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments