#Hiburan: Selepas Tujuh Bulan Umum Bercerai, Jaclyn Victor Kini Bercinta Dengan Duda

Mendedahkan dirinya kini dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka berstatus duda selepas mengakui sudah bercerai pada Januari lalu, penyanyi Jaclyn Victor langsung tidak menyangka pintu hatinya akan terbuka buat kali kedua dengan mana-mana lelaki selepas gagal dalam perhubungan sebelum ini.

Selepas Tujuh Bulan Umum Bercerai, Jaclyn Victor Kini Bercinta Dengan Duda

Menurut Jaclyn, lelaki berkenaan adalah seorang yang baik malah dapat menjaga dan pandai mengambil hati anak-anak sehingga mereka kini memanggil jejaka tersebut dengan gelaran “papa”.

Ibu kepada dua cahaya mata ini bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut lagi.

Selepas Tujuh Bulan Umum Bercerai, Jaclyn Victor Kini Bercinta Dengan Duda

“Biarlah saya simpan dulu siapa orangnya, apa yang pasti dia bukan daripada industri hiburan. Malah yang lebih menarik tentang jejaka terbabit ialah dia tidak mengenali diri saya sebagai seorang penyanyi pada awal perkenalan kami.”

Meskipun begitu, Jaclyn menyatakan lelaki berkenaan sentiasa meluangkan masa hamper saban hari dengan anak-anaknya. Hal ini kerana, andai anak-anaknya boleh bertutur dengan baik, membaca dan melukis, semua itu merupakan usaha jejaka berkenaan.

Selepas Tujuh Bulan Umum Bercerai, Jaclyn Victor Kini Bercinta Dengan Duda

Untuk rekod, Jaclyn sebelum ini telah mendirikan rumah tangga dengan okalis kumpualn R&B antarabangsa AZ Yet iaitu Shawn Rivera di dalam sebuah majlis tertutup di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 19 Julai 2014. Namun ikatan perkahwinan mereka terlerai selepas kedua-dua pasangan ini disahkan bercerai sekitar Januari lalu.

Sumber: mStar


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments