#Hiburan: Pintu Rahim Dah Terbuka 2 Cm, Bella Astillah Tetap Sambut Hari Lahir Anak

Tetap gigih meneruskan sambutan ulang tahun kelahiran yang ketiga putera sulungnya iaitu Ayden Adrean, selebriti Bella Astillah yang kini sedang sarat hamil dikhabarkan pergi melakukan pemeriksaan doktor sebelum berlangsungnya majlis berkenaan.

bella astillah pintu rahim terbuka 2cm

Perkara itu didedahkan sendiri oleh adiknya iaitu Didi Astillah ynag menyatakan hasil pemeriksaan pihak hospital, pintu rahim kakaknya sudah terbuka 2 sentimeter namun Bella tetap gigih meraikan sambutan tersebut.

“Doktor beritahu yang bukaan sudah 2 cm tapi belum tiba masa untuk bersalin, jadi kami pun pulang ke rumah. Walaupun dalam keadaan macam tu, Bella tetap nak buat birthday Ayden.”

View this post on Instagram

AAAAAHHH STILL CANT BELIEVE you’ve already turned 3 🥺 Alhamdulillah, Hope you enjoy the “astronaut-themed” birthday party mommy plan for you❤ (sbb Ayden suka betul planet solar system, hari2 pasal planet jeee😂) . . P/s: Happy betul Ayden cuba kamu tengok gambarnya sampai habis 👶🏻🥰 btw we miss you so much daddy! Thank you for the cake & present dyy😘 @iamaliffaziz @aydenadrean17 #AydenAdreanTurns3 . 📸 @budak.tadika

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

Bagaimanapun, Didi menyatakan Bella kini berada di hospital namun tidak dapat dipastikan sama ada bila agaknya kakaknya itu akan bersalin.

Menurut Didi lagi, meskipun suami Bella iaitu Aliff Aziz kini masih berada di Singapura namun pasangan itu dikatakan sentiasa berhubung.

“Walaupun Aliff jauh di Singapura tapi mereka sentiasa berhubung. Saya nampak macam setiap masa mereka on the phone.”

bella astillah pintu rahim terbuka 2cm

Terdahulu, Bella akhirnya mendedahkan bahawa dirinya kini sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dengan Aliff, malah turut akui kini beliau juga sedang hamil anak kedua menerusi komen di Instagram miliknya.

Bersikap terbuka, Bella sekai lagi tampil memohon doa semua pihak supaya mendoakan kebahagiaan rumah tangga dan anak dalam kandungan itu.

Sumber: mStar


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments