#Hiburan: “Lama-Lama Hilang Sabar Juga Tau” – Nadya Syahera Rimas Dengan Sikap Peniaga

Meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap sesetengah peniaga yang menghantar makanan untuk dirasai, pelakon jelita Nadya akui rimas apabila sering disoal dan diasak dengan pertanyaan yang sama.

nadya syahera tak puas hati dengan sikap peniaga

Menurut Nadya, wujud segelintir peniaga seakan tidak faham bahasa kerana acap kali bertanyakan soalan yang sama berulang kali sehingga membuatkan dirinya berasa berang dengan tindakn tersebut.

Advertisement

“Kalau ikhlas memberi tak perlu nak paksa macam-macam kat orang. Nanti daripada orang tu baik hati nak review ke apa, terus turn off tak selera dah nak review.”

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Nadya di Instagramnya menerusi muat naik di ruangan Insta Story.

nadya syahera tak puas hati dengan sikap peniaga

Ujar Nadya, dirinya amat berharap agar pihak berkenaan memahami situasinya kerana masa kerjanya adalah tidak menentu setiap hari.

“Faham awak berniaga, kita bekerja yang tak tentu masa. Sabar itu indah sis. Lama-lama orang duk mesej bertalu-talu minta kita update. Lama-lama hilang sabar juga tau.”

Advertisement

nadya syahera tak puas hati dengan sikap peniaga

Terdahulu, Uqasha Senrose merupakan antara selebriti yang turut terpalit dengan kontroversi seperti ini.

Ha ini kerana, beliau merasakan pemberian itu tidak lagi ikhlas kerana pemberi bagai terlalu mengharapkan balasan daripadanya. Malah, turut diakui perasaan ikhlas itu makin terhakis apabila acap kali diasak dengan pertanyaan yang sama berulang kali.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments