#Hiburan: Demi Anak-Anak, Aliff Syukri Mahu Berubah Jadi Lebih Matang

Menyatakan hasratnya mahu memberikan fokus utama untuk meluangkan masa bersama keluarga, usahawan terkemuka tanah air, Datuk Seri Aliff Syukri dedah kini berasa lebih tenang apabila dapat berehat tanpa memikirkan soal perniagaan yang diusahakan sekian lama.

aliff syukri mahu jadi lebih matang

Menurut Aliff, beliau kini agak jarang mempamerkan video-videonya beraksi pelik kepada umum kerana mahu memberi fokus dan berseronok dengan keluarga sahaja.

Advertisement

“Ramai orang kata kenapa Datuk tidak buat video yang pelik pelik. Bukan apa, saya rasa saya dah nak berehat dan nak fokuskan kepada keluarga . Maklumlah saya dah tua.

Aliff turut memuat naik sebuah rakaman video di laman Instagramnya kepada umum ketika bercuti bersama keluarga di Pulau Lankayan, Sabah.

View this post on Instagram

Sungguh tenang rasanya apabila berseronok bersama dengan keluarga… Ramai orang kata kenapa Dato tidak buat video yang pelik pelik. Bukan apa, saya rasa saya dah nak berehat dan nak fokuskan kepada keluarga. Maklumlah saya dah tua. . . Ini masanya saya memberikan tumpuan lebih kepada keluarga saya dan juga bidang resort @sugehhillresortjandabaik @sugeh.resort . Kalau boleh hari-hari nak macam ni sebabnya dah malas nak berfikir soal bisnes. .. Sudah 12 Tahun saya fokus kepada bisnes @dherbsholdingshq dan @as.legacymalaysia .. jarang ada masa untuk keluarga. Sekarang ni saya perlu berubah dan menjadi lebih matang khususnya kepada anak anak saya yang meningkat remaja. . . Saya takut nanti apabila mereka dah besar, saya akan terlepas peluang bersama dengan mereka. Doakan saya sekeluarga selamat dan juga gembira. Untuk melihat video yang lebih panjang lagi, korang boleh tengok di Youtube Tv Terlajak Laris… saya akan update.. Terima Kasih kerana sentiasa menyokong saya.

Advertisement

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Dalam pada itu, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini juga turut meluahkan hasratnya untuk berubah menjadi lebih matang dan berfikiran rasional demi anak-anak tercinta.

aliff syukri mahu jadi lebih matang

“Saya takut nanti apabila mereka dah besar, saya akan terlepas peluang bersama dengan mereka. Doakan saya sekeluarga selamat dan juga gembira.”

Untuk rekod, Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida telah melangsungkan pernikahan pada  pada Ogos 2007. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Raudhah Arshiyah dan Yusoff Al Qardawi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments