#Hiburan: Harga Barang Terlalu Murah, Netizen Bimbang Ramai Ambil Kesempatan Terhadap Pasaraya Ebit Lew

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dilaporkan bakal membuka pasaraya miliknya sendiri dalam masa terdekat. Difahamkan, terdapat lebih kurang 10 cawangan pasar raya di sekitar Lembah Klang itu akan dibuka pada 18 Julai ini.

Dan baru-baru ini juga Ebit Lew turut berkongsi mengenai harga barangan sempena pembukaan rasmi di setiap cawangan. Yang menjadi perhatian adalah harga yang ditawarkan sangat murah dengan harga di pasaraya yang lain.

Yang pastinya, netizen teruja menantikan pembukaan pasaraya Elewsmart kerana ada harga barangan yang ditawarkan serendah 10 sen!

Walau bagaimanapun, dalam pada itu, ada juga warga maya yang prihatin dan bimbang kerana menurut mereka, pasti ada golongan yang mengambil kesempatan. Misalnya, membeli barangan yang dijual murah dalam kuantiti yang banyak kemudian menjualnya dengan harga lebih murah kepada orang ramai.

View this post on Instagram

Doakan yer…terima kaseh mendoakan ElewsMart. Dah semakin hampir hari pembukaan ElewsMart 10 cawangan. Tak sabar setiap cawangan ada Food Bank untuk orang yang memerlukan dan ingin beri. Dan akan letak harga murah. Ya Allah berkatilah usaha ini. Berkati dan rahmatilah semuanya. Jadi asbab kebaikan buat semua-ebitlew ElewsMart Saudaraku Murah?

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Justeru itu, ramai yang telah meminta Ustaz Ebit Lew supaya lebih berhati-hati dan menetapkan syarat seperti pembelian terhad dan sebagainya.

Ada juga yang memberi cadangan supaya Ustaz Ebit Lew memberikan lebih keistimewaan kepada pelanggan bergolongan asnaf, JKM dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Apa-apa pun, ramai yang telah menyambut baik usaha Ebit Lew yang telah membuka pasaraya dengan menawatrkan barangan dengan harga lebih murah. Semoga Ustaz Ebit Lew terus maju dalam perniagaan dan dimurahkan rezeki supaya dapat terus membantu golongan yang memerlukan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments