Mengakui belum bersedia untuk kembali semula aktif berlakon biarpun anak sulungnya, Mohamad Eidrees kini sudah menginjak usia setahun, pelakon Anzana Nasir mendedahkan beliau makin seronok menjalani kehidupan sebagai seorang ibu dengan menghabiskan masa membesarkan anaknya, Mohamad Eidrees di rumah.
Menurutnya, Anzana terpaksa menolak tawaran lakonan kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian dan melihat anaknya membesar depan mata.
“Kadang-kadang memang rindu nak berlakon tapi terpaksa tolak dulu sebab nak tengok anak membesar depan mata. Seronok! Buat masa sekarang, Eidrees merupakan keutamaan saya.”
Kata Anzalna, dirinya terasa terharu apabila banyak syarikat produksi tidak pernah serik untuk memanggilnya meskipun kerap kali menolak tawaran berlakon.
“Saya mula berlakon pun dengan mereka sampai dah ada anak pun mereka masih tawar berlakon. Sampai beri amaran pastikan saya buat kemunculan semula dengan drama mereka.”
Tambahnya lagi, beliau akan kembali semula ke set penggabaran andai segalanya beransur pulih dan benar-benar bersedia.
“Insya-Allah saya akan mula berlakon semula bila saya betul-betul bersedia. Buat masa sekarang, rezeki tu saya serahkan kepada orang lain.”
Terdahulu, Anzalna menzahirkan penghargaan kepada stesen televisyen yang mengulang siar drama-drama lakonannya sebelum ini menerusi perkongsian di Instagram Story.
Hasil muat naik tersebut, beliau juga dilihat amat teruja untuk kembali semula beraksi di depan kaca televisyen suatu hari nanti.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments