#Hiburan: Isteri Alif Satar Akui Pernah Menangis Sebab Penat Jaga Anak

Berdepan pelbagai cabaran sepanjang menguruskan tiga orang cahaya mata, isteri kepada selebriti popular Alif Satar iaitu Sha Dila akui pernah menangis disebabkan terlau penat dari segi fizikal dan mental.

alif satar sha dila

Menerusi perkongsian di laman instagram, beliau yang mahukan kesempurnaan dalam menguruskan anak-anaknya itu turut berkongsi perkara tersebut bersama para pengikut.

View this post on Instagram

These 3… sigh.. I hope they know the extent of my love for them. Being a mom is the best thing that has ever happened… but I cannot deny I have been faced with so many challenges. Tak senang nak jaga anak-anak ni.. it may be easy for some but I gotta admit, it hasn’t been so easy for me. There are days I would just breakdown and cry because I was so tired physically and mentally. Being a perfectionist and a clean freak is not easy too with 3 small children. Many times I just wanted to sleep and ignore all the cries…. but I wouldn’t trade all these for anything else. NEVER. I salute all parents out there, especially during this trying time, it is not always fun and games. We are often faced with challenges on a daily basis and yet we face it with full force. Mothers and fathers are truly their children’s heroes. Again, Happy Mother’s Day and I pray all you beautiful mommy souls will be in Paradise for all your love and sacrifice. Truly, Heaven lies under your feet…. #AlishaArianaAli

A post shared by Shadila Halid (@shadilahalid) on

“Tiga orang ini. Saya harap mereka tahu sejauh mana cinta saya kepada mereka. Jadi seorang ibu adalah perkara yang paling terbaik pernah terjadi.

“Tapi saya tak boleh nafikan saya perlu berdepan dengan banyak cabaran. Tak senang nak jaga anak-anak ni. Mungkin mudah bagi sesetengah orang tapi saya akui ia bukan mudah untuk saya.

“Ada hari yang saya hanya menangis sebab sangat penat dari segi fizikal dan mental. Jadi seorang yang mahukan kesempurnaan dan menjaga kebersihan bukanlah mudah dengan tiga orang anak.

“Beberapa kali saya hanya mahu tidur dan abaikan saja semua tangisan itu tapi saya tidak akan pernah menukar semua ini untuk perkara lain. Tidak mahu!” tulisnya.

alif satar keluarga

Dalam pada itu, beliau juga turut berbangga dengan semua ibu bapa yang berjaya mengharungi cabaran setiap hari malah tidak menafikan yang ibu bapa merupakan wira sebenar buat anak-anak.

“Saya bangga dengan semua ibu bapa di luar sana terutama dalam tempoh yang sukar ini, bukan selalunya waktu seronok dan bermain.

“Kita sentiasa berdepan dengan cabaran setiap hari namun kita hadapinya dengan kekuatan. Ibu bapa adalah hero sebenar buat anak-anak mereka.

“Sekali lagi, selamat hari ibu dan saya doakan semua ibu yang cantik akan berada di syurga untuk semua kasih sayang dan pengorbanan anda. Sesungguhnya, syurga terletak di bawah kakimu,” titipnya lagi.

Untuk rekod, Alif dan Sha Dila telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 15 September 2014, dan hasil perkongsian hidup itu, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang anak bernama Alisya Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali.

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments