Menerima senaskah Al-Quran hasil sumbangan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, penyanyi Wany Hasrita kongsi detik manis itu di laman instagram miliknya.
Lebih menarik, Al-Quran itu juga meliputi beberapa terjemahan bahasa utama di Malaysia iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Menerusi Instagram Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU), pertemuan Wany dan ibunya bersama Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Syaikh Adbul Rahman Ibrahim Al-Rubai’an telah diatur oleh pengerusinya pertubuhan tersebut iaitu Dato Ahmad Tajuddin Idris.
Menurut entri berkenaan turut menyatakan, pertemuan itu merupakan kesinambungan daripada jemputan haji yang diterima Wany daripada kerajaan Arab Saudi pada tahun lalu.
Wany bagaimanapun turut berkongsi momen manis itu di Instagram miliknya dengan ucapan ringkas.
“Alhamdulillah, #terimakasihrajasalman @ilmuanmalaysia.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa bangga buat Wany, malah turut melabel Wany sebagai selebriti contoh yang boleh diikuti.
Laporan Bernama sebelum ini menyatakan sejumlah 20,000 naskah Al-Quran akan diagihkan pada tahun ini hasil sumbangan Raja Salman ke seluruh Malaysia sebagai tanda terima kasih baginda kepada rakyat.
Sumber: OhMyMedia
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments