Diimbas kembali, dirinya pernah terpalit seketika dengan kisah gosip dan kontroversi kecurangan suaminya yang juga Chef terkenal iaitu Chef Fikree. Baru-baru ini, Sharifah Zuriehan Ben Yahya turut terpanggil untuk mengulas kes artis melarikan isteri orang.
Mungkin lebih mengetahui dan terkesan dengan isu sensitif seperti ini, dia menyifatkan perkara sedemikian tidak mungkin akan berlaku jika kedua-dua pihak menolak perasaan cinta antara satu sama lain.
“Kalau bertepuk sebelah tangan, tak menjadi tango lah. Saya dah jumpa banyak isteri dan suami yang ada masalah sikit dengan satu sama lain, terus nak cari lain.”
Syarifah Zuriehan juga menyifatkan manusia yang terlibat dalam kes sebegini sebagai mementingkan diri dan terlalu mengikut nafsu.
Baginya, kalau diri sendiri lebih fokus akan penjagaan anak dan ibu bapa serta menjaga hubungan dengan Tuhan, pasti tiada masa untuk bergaduh apatah lagi ‘makan luar’.
Dia yang tampil memberikan komen mengenai isu ini lantaran kes seorang aktor yang didakwa melarikan isteri orang baru-baru ini.
Nampaknya ramai yang bersetuju dengan kenyataan beliau. Kalau tak bertepuk sebelah tangan, takkan boleh berbunyi kan?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments