#Hiburan: Datin Seri Shahida Tabah Anak Hidap Disleksia

Mengakui anak perempuannya Qadejah El Zahra menghidap disleksia, Datin Seri Nur Shahida redha dengan setiap ujian yang menimpanya.

datin shahida aliff syukri

Beliau yang sebelum ini belum mengetahui berkenaan hal tersebut difahamkan masih mampu untuk kekal positif.

Menurut Shahida, beliau mula menghidu anaknya menghidap disleksia sewaktu Qadejah sering memakai kasut secara terbalik.

Namun perkara itu semakin diketahui apabila keputusan peperiksaan anaknya difahamkan teruk. Malah Qadejah juga dimaklumkan menulis secara terbalik-balik dan tidak tahu untuk menulis namanya sendiri semasa berusia enam tahun.

datin shahida aliff syukri

Malah simpton itu juga mula dikenal pasti oleh guru di sekolahnya apabila Qadejah dikatakan tidak boleh fokus dalam pelajaran malah aktif bermain di dalam kelas.

Guru di sekolah menyaran anaknya membuat ujian saringan. Namun setelah selesai, terbukti beliau memang positif disleksia.

Shahida bagaimanapun mengambil guru khas untuk latihan otak anaknya (brain gym). Ujarnya, cara pembelajaran mereka juga amat berbeza berbanding kanak-kanak normal.

datin shahida aliff syukri

Dalam pada itu, bercakap mengenai hala tuju pendidikan anak-anaknya, Shahida menyatakan beliau memang mahu anaknya mewaris perniagaan mereka namun tidak memaksa andai tidak berminat.

“Saya pentingkan akhlak anak-anak bukan kepada sijil.”

Terdahulu, kecoh apabila rumah tangga usahawan ini bersama suaminya Dato’ Seri Aliff Syukri yang juga menghidap disleksia dikhabarkan goyah. Namun terjalin erat dan berbaik semula selepas Aliff dikatakan jujur dan membuang egonya demi kembali ke pangkalan isteri dan keluarga.

Sumber: Nona


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments