Nampaknya hubungan yang pernah terbina atas dasar cinta dulu kini sudah retak dan hancur apabila Dr Erin mengakui bahawa dia telah bercerai dengan Da’i Farhan pada April lepas.
Sedar bahawa pendakwah itu tidak mampu berpisah lama dengan anak-anaknya, Erin sendiri yang membuat keputusan untuk menyerahkan kembali suaminya ke pangkuan keluarga isteri pertama iaitu Fatin Nurul Ain.
Walaupun sedang mengandungkan cahaya mata hasil daripada perkahwinan singkat mereka, wanita tersebut meluahkan bahawa bekas suaminya itu langsung tidak pernah berhubung untuk bertanyakan khabar selepas mereka berpisah.
Lebih mengejutkan apabila Erin mendedahkan bahawa dia mengambil langkah drastik dengan menyekat terus nombor telefon Da’i Farhan. Jelasnya, dia tidak mahu dihubungi atau pun menghubungi lelaki itu.
“Jadi, bila saya sekat nombor telefon, fikiran saya jadi lebih tenang. Kalau saya tak block, fikiran saya nanti jadi tak tenang fikir macam-macam. Sekarang ni saya lebih gembira dengan kehidupan.”
Dengan menyekat bekas suaminya itu, dia juga berharap agar tidak akan terus dikaitkan dengannya lagi pada masa hadapan.
Bahkan, Erin tidak teragak-agak untuk menidakkan hasrat Da’i Farhan yang ingin bertemu dengan anak mereka selepas kandungan itu selamat dilahirkan.
“Dia ada cakap nanti lepas lahir nak jumpa baby. Bila dia cakap begitu, memang tak lah saya nak bagi dia jumpa dengan baby ini.”
Meskipun sudah berpisah tetapi barang-barang peribadi bekas suaminya masih ada lagi di rumahnya dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghalang Da’i Farhan daripada bergerak bebas. Difahamkan lelaki itu kini masih berada di Kelantan selepas keluar dari rumah.
Sedar kehidupannya lebih tenang selepas membawa haluan masing-masing, Erin meminta agar semua orang berhenti mengaitkan dirinya dengan Da’i Farhan lagi.
Ujarnya, biarpun hubungan tersebut bertahan hanya beberapa bulan sahaja tetapi dia mengakui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia.
Jelasnya lagi, dia mengerti perhatian yang diterima sebelum ini kerana merupakan isteri kepada seorang pendakwah terkenal. Namun kini dia bukan lagi selebriti.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments