#Hiburan: Ingkar Arahan PKPB, Aiman Tino Didenda RM1,000

Penyanyi Aiman Tino dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila beliau dan bapanya difahamkan pergi memancing.

aiman tino

Aiman dan bapanya Yusri Ishak mendakwa dirinya terperangkap ketika polis melakukan serbuan di komlam ikan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.

Beliau yang berada di tempat kejadian dikatakan seakan tegamam dan hairan mengapa polis menyamannya. Namun menegaskan mereka masuk ke kawasan kolam itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan pemilik kolam.

Menurutnya polis enggan menerima sebarang penjelasan dan terus mengeluarkan kompaun kepada pengunjung.

“Ketika serbuan polis petang lewat petang semalam, hujan lebat. Ramai pengunjung berteduh dalam sebuah bangsal dan ketika itu melebihi 20 orang.”

Katanya, tindakan undang-undang harus dikenakan kepada pihak pengusaha kolam. Hal ini kerana, beliau mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan iaitu memakai topeng muka, mendapatkan nombor giliran untuk masuk memancing dan mengamalkan penjarakkan sosial satu meter.

Terdahulu, laporan media menyatakan, seramai 59 pemancing dikenakan kompaun masing-masing RM1,000 kerana melanggar arahan PKPB.

Malah mereka juga dikehendaki melunaskan bayaran terbabit di Pusat Daerah Hulu Selangor selewat-lewatnya 8 Jun ini.

Sumber: mStar


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments