#Hiburan: Ikmal Amry Sah Bertunang Dengan Gadis Pilihan, Bakal Menikah Bulan Disember Nanti

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berlangsung, namun ia tidak menghalang segelintir pasangan daripada membawa perhubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

Sama juga dengan pelakon kacak iaitu Ikmal Amry yang mendedahkan bahawa dia sudah pun bertunang dengan gadis pilihan, Najla pada raya ketiga kelmarin.

Sudah pun merancang majlis tersebut sejak daripada sambutan raya tahun lepas, pelakon lelaki ini memanjatkan rasa syukur kerana hasrat mereka berjaya juga dicapai.

ikmal amry dan najla bertunang

Walaupun pun majlis pertunangan ini terpaksa ditangguhkan dek jadual kerja yang sangat padat dan krisis COVID-19 yang melanda negara, pasangan ini hanya mampu menjalankan persiapan sederhana sahaja bagi menyambut hari bermakna ini.

Ikmal dan Najla juga menjelaskan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga pada Disember tahun ini meskipun merancang untuk mengadakannya lebih awal iaitu September pada mulanya.

“Insya-Allah, kami merancang untuk bernikah Disember tahun ini, pada mulanya saya dan Najla mahu adakan majlis pada bulan September, tetapi ramai pula ahli keluarga dan saudara terdekat yang memilih bulan itu.”

Terbit rasa risau sekiranya hari bahagia itu nanti mengalami sebarang masalah sekiranya isu COVID-19 masih berlangsung, pelakon lelaki itu tidak kisah mengadakan majlis akad nikah secara bersederhana sahaja.

ikmal amry bertunang

Malahan mereka mungkin akan meminda majlis resepsi ke suatu tarikh lain yang lebih sesuai.

Tak sangka 4 tahun perkenalan membawa Ikmal dan Najla sehingga menjadi tunangan. Tahniah!

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments