#Hiburan: Nabil Mahir Dedah Kisah Wajah Alami Masalah Jerawat

Berkongsi foto lama dirinya ketika berusia 20 tahun di laman Instagram, pengacara, Nabil Mahir mencuri tumpuan netizen.

nabil mahir

Ia mendapat perhatian apabila Nabil difahamkan memuat naik fotonya yang dirakam pada tahun 2008 di mana wajahnya dilihat tidak sempurna di bahagian dahi kerana ditumbuhi jerawat.

Selain mengakui begitu pantas masa berlalu, tunangan kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat ini seakan mempersoalkan mengapa wajahnya sering dihujani masalah.

“Masa ni macam2 product muka pakai tapi lepas baik je, set jerawat baru akan tumbuh.”

Namun beliau juga turut memuat naik foto yang telah disunting menunjukkan wajahnya seakan sempurna tanpa sebarang masalah di wajah.

Rata-rata pengikutnya menzahirkan pelbagai reaksi di ruangan komen, namun apa yang menarik tumpuan apabila tunangnya itu menyifatkan wajahnya tidak sama dengan bakal suaminya itu.

Malah, Ayda turut meluahkan bahawa tunangnya itu sebagai seorang yang kacak, baik hati dan setia.

ayda jebat

“Mana ada muka you sama dengan I. Where gottt… you lagi cute, sweet, charming, baik, handsome, jujur, setia, manja dari I. My wuvv.”

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet hujung April lalu.

Ia berlaku susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan seluruh negara.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments