#Hiburan: Neelofa Bakal Kembali Dalam MeleTOP, Berganding Semula Bersama Nabil

Bakal kembali mengendalikan program hiburan, MeleTOP di samping Nabil Ahmad, Neelofa dikhabarkan bakal membuat penampilan istimewa sempena sambutan Syawal tahun ini.

neelofa nabil meletop

Pengurus Saluran Astro Ria, Astro Citra dan Tayangan Hebat, Emarina Kamal berkongsi perkara itu menerusi sidang media pada Rabu lalu.

Menurutnya penampilan istimewa itu bertujuan memeriahkan lagi sambutan malam raya sahaja selain memenuhi permintaan peminat yang merindui kelibat Neelofa di set MeleTOP.

Namun Nabil juga turut menyifatkan kehadiran rakan hosnya itu sebagai sesuatu yang amat dinati-nantikan, malah tidak menolak yang program tersebut akan bertambah meriah dengan kehadiran Neelofa.

Kami ada bersembang da nada penonton yang bertanyakan mengenai penampilan Neelofa sempena edisi rasa. Bagi saya lengkaplah MeleTOP raya. Terima kasih Astro.

Terdahulu Neelofa telah mengundur diri dari program berkenaan selepas tujuh tahun mengendalikannya.

neelofa nabil meletop

Beliau akui keputusan itu diambil kerana mahu fokus kepada perancangan lain dalam kerjayanya sekali gus menjawab segala spekulasi ramai.

Untuk rekod, MeleTOP mula disiarkan pada 30 Oktober 2012 dan merupakan antara program yang mendapat sambutan tinggi daripada penonton setia Astro.

Sumber: Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments