#Hiburan: Hafiz Hamidun Berang Foto Disalah Guna “Scammer Forex”

Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun menyeru pengikutnya agar tidak mudah tertipu dengan akaun Instagram pelaburan pertkaran mata wang asing (forex) yang dikhabarakan menggunakan gambarnya sebagai umpan.

hafiz hamidun

Hafiz difahamkan kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu terbabit, malah beliau juga kini mahu membuat laporan kepada pihak berkuasa demi menjaga dan membersih nama baiknya.

Berita itu dikongsikan Hafiz di laman Instagramnya.

“FAKE! Apa benda la IQ Forex 2020 ni. Nak scam orang pun agak-agaklah ye. Pakailah gambar sendiri, ni pakai sebat je gambar raya aku.”

Menurutnya, beliau juga akan membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Bagaimanapun, Hafiz turut menasihatkan pihak berkenaan yang bertindak menyiarkan iklan palsu berkenaan supaya lebih jujur dalam perniagaan.

Hafiz juga mempersoalkan pihak berkenaan mengapa harus menipu dalam perniagaan. Malah menyeru supaya tidak menggunakan gambar orang lain tanpa keizinan bagi melariskan perniagaan.

Selain mendoakan segala urusannya dipermudahkan, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersutuju dengan tindakan Hafiz.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments