Dek sifat murah hati Ustaz Ebit Liew dalam membantu golongan yang memerlukan, semakin murah rezeki yang dilimpahkan kepada lelaki itu.
Dengan perniagaan yang diusahakan olehnya, pendakwah popular ini tidak lokek untuk menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak kesayangannya.
Lebih mengharukan apabila Ustaz Ebit Liew ada berkongsi sedutan pendek yang menonjolkan sebuah kereta mewah jenama Audi yang dipandu olehnya.
Menerusi kapsyen yang mengiringi entri di laman Instagram miliknya itu, ramai yang menebak bahawa kereta berwarna putih itu merupakan hadiah kepada isterinya.
Bukan kandungan video itu yang patut menjadi perhatian ramai tetapi mesej tersirat yang disampaikan dalam karangan panjang tersebut.
Menurut Ustaz Ebit Liew, tindakan membelanja isteri dan anak-anak sebenarnya besar nilai balasannya. Bukan hanya mementingkan keperluan sendiri sehingga berkira untuk mengeluarkan wang kepada ahli keluarga yang paling rapat tersebut.
“Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah.”
Pendakwah ini turut berkongsi bahawa dia langsung tidak pernah mempersoalkan sekiranya isteri kesayangan meminta wang kerana sedar pengorbanannya dalam menjaga keluarga.
“Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah.”
Pesan Ustaz Ebit Liew, nafkah untuk isteri adalah wajib mengikut kemampuan masing-masing. Hal ini amat penting dalam mendapat keberkatan Allah SWT.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments